Mengenai Hajjah Catering

Kami menyediakan servis tempahan makanan yang merangkumi pelbagai jenis makanan dan minuman di sekitar Lembah Klang sejak 10 tahun yang lalu. Kami juga terkenal sebagai penyedia makanan yang mementingkan kualiti, keenakan dan kebersihan makanan pada harga yang berpatutan.

Kami menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan penyediaan makanan termasuklah buffet, hi tea, majlis istimewa seperti seminar, rumah terbuka, doa selamat, akad nikah dan bermacam lagi mengikut kehendak pelanggan.

Kami juga telah menyediakan menu makanan yang istimewa seperti nasi beriyani, masakan ala kampong, masakan ala India, masakan ala Thai, BBQ dan masakan ala barat. Selain itu, terdapat juga mee goreng mamak, laksa Utara, soto and kuih muih.


PERKHIDMATAN


Hajjah Bunga Raya Catering dengan bangganya mempersembahkan menu makanan yang penuh variasi untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Berminat?
Sila buat tempahan 3 hari lebih awal bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Tempahan kurang dari 3 hari juga masih diterima sekiranya tidak terdapat pertindihan majlis pada masa tersebut, dan tertakluk kepada menu dan bilangan tempahan.

Deposit sebanyak 50% akan dikenakan kepada tempahan. Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dilakukan 3 hari lebih awal. Jika tidak, deposit tiadk akan dipulangkan.

Sebarang pertanyaan/ cadangan/ komen adalah dialu-alukan. Sila hubungi pengurus kami seperti nombor yang tertera di sebelah kanan mukasurat ini.

Terima kasih.